Wednesday, 21 December 2011
Monday, 19 December 2011
Posted by Awan Hijau |

1)Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
2)Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
3)Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
4)Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
5)Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
6) kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
7)Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
8) Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
9) Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
10)Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
11)Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
12)Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
13)Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
14) Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
15)Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
16) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
17) Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
18)Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
19)Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.
20)Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.
21)Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.
22)Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.
23)Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.
24)Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
25)Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
Bergitulah berakhirnya 25 fakta yang sempat Awan sediakan, I/Allah pada lain ketika Awan akan update fakta yang berlainan pula...Stay Tuned!!!!
Saturday, 17 December 2011
Posted by Awan Hijau |

Entri Awan kali ni nak menyentuh perihal undang-undang atau hukum hakam, tidak lah bermaksud Awan ni pakar soal undang-undang hanya lebih untuk nak berkongsi. Undang-undang yang Awan maksudkan tidak sama dengan hukum hakam biasa kerana sumber asalnya daripada Allah iaitu perihal hukum hudud yang sangat hangat diperdebatkan oleh golongan tertentu dan sudah tentulah ahli politik golongan yang utama. Sebenarnya Awan jika diajukan soalan "terima atau tidak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan"??? sudah tentu sekali Awan akan terima, kenapa kita perlu takut kalau kita di pihak yang benar??? kenapa kita nak risau kalau kita tidak berbuat salah??? kerana hukuman ini bukan untuk membebankan, kerana Allah tidak akan meletakkan sesuatu yang akan membebankan hamba-Nya.
Ada sesetengah pihak menentang perlaksanaanya dengan alasan masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi masyarakat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Namun bergitu, ramai juga yang menyokong akan perlaksanaan ini kerana undang-undang sedemikian mampu membuatkan pesalah, misalnya perompak untuk berfikir dua kali untuk melakukan rompakan dan mungkin mampu mengubah mereka untuk berbalik kepada kebenaran...I/Allah.
Awan masih teringat akan kata-kata Ustaz Othman, beliau menyatakan misalnya hukuman sebat 100 kali bagi pelaku zina , ada sebabnya. Mengikut kajian pukulan sebat di atas tulang punggung dapat meransang pembebasan vaksin yang mampu melawan virus AIDS, Wallahualam. Apa yang Awan dapati undang-undang sekarang terlalu berlembut dengan persalah. Misalnya sekarang kes zina/kes rogol hanya sebat beberapa kali dan penjara beberapa tahun dan bagi golongan berada boleh melepaskan diri dengan hanya sedikit bayaran. Yang paling menyedihkan, peningkatan maksiat dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi, remaja sekarang bebas untuk keluar dengan pasangan...ibu bapa pula dah semakin tak siuman apabila ada yang bagi si lelaki berdua-duan dalam bilik dengan anak perempuan mereka, apabila ditanya mengapa berbuat demikian "ye lah kita ibu bapa kenalah sporting". Apa lagi dah ibu bapa bagi "green light" yang si lelaki apa lagi naik hantu/syaitan dan iblis semua ada. Apabila dah mengandung, lekas-lekas khawinkan kerana nak tutup aib...woiiii tuuu aib depan masyrakat saja kew yang nak difikirkan, malu dengan Allah pernah tak terlintas??? Sekarang ni hidup memang sempoi...dah main suka-suka dapat pula khawin free, siap boleh tunjuk lagak depan member-member, member yang banggang tengok member hepppy nak ikut jejak langkah gak..dan bergitulah seterusnya.. Jadi disinilah apa yang Awan katakan daripada awal kita memerlukan undang-undang yang lebih tegas yang mampu menyedarkan mata masyarakat yang kian largha.
Nasihat ini, Awan tujukan buat semua yang ada membaca dan juga untuk diri Awan sendiri. Awan bukanlah seorang yang perfect agama atau akhlak dan Awan juga ada membuat salah. Ambik yang mana baik, yang buruk yang sesiapa saja yang dilakukan janganlah ikut. Semoga kita semua, terlepas seksa kubur dan terlepas seksaan api neraka---Amin!!!
Tuesday, 6 December 2011
Posted by Awan Hijau |

Tapi kalau betol siapa lah pula gerangan si pelengkap rusuk kiri si teruna ni kan. Kerana ramai yang tahu Ayie baru saja melancarkan roket cinta pada si A***A tak sampai setahun jagung lagi. Seyakin Awan lagi, Ayie takkan buat perkara yang tak elok...tengok saja pada karakter beliau yang bersederhana, lemah lembut bicaranya, beriman mana mungkin beliau akan buat perkara yang di larang.
Kalau dah benar bergitu, dari mana datangnya anak beliau....kerana agak mustahil untuk seorang lelaki melahirkan anak(tapi tak tahu lah kalau ayie spesis berbeza).
Sebenrnya, untuk tidak memeningkan kepala pembaca( kalau ada) dan tak meletihkan tangan kerana banyak menaip, anak yang di maksudkan ialah anak hamster beliau yang telah selamat di lahirkan...cuba teka siapa bidanya...(eheemmmm,ehemmmm).Maaf lah kiranya ada yang terasa dengan artikel kali ni, tetapi hamster-hamster ni kami dah anggap sebagai keluarga. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira "ownernya" mendengar perkhabaran ini, kerana untuk pengetahuan semua..di awal pembelian hamster, Ayie telah tersalah beli dengan membeli kedua-dua ekor jantan, agak lama sebenarnya lebih sebulan barulah ownernya menyedari apabila ternampak "Bocha" juga mempunyai "telur" di bawah kemaluan.
Setelah membeli sekor lagi betina dan menuggu lagi tuk sebulan lebih....taaarraaaaaaaa, dapatlah anak yang kemerah-merahan sebanyak empat ekor.Harap-harap dapatlah kesemuanya hidup dengan baik..kerana ownernya dah berjanji nak berikan 2 ekor( tak gitu Ayie)..hhakkk.
Sebelum mengakhiri kata...layan lah gambar yang Awan sempat ambil daripada FB beliau & video (link fb ayie) http://www.facebook.com/photo.php?v=317148238314983&ref=notif¬if_t=video_comment_taggedkalau ada yang sudi nak menonton..sekian
Sunday, 4 December 2011
Posted by Awan Hijau |
Assalamualaikum semuanya..( mcam lah ramai sangat kan), hari ini seakan tergerak hati Awan nak menulis tentang sesuatu yang fakta dan mungkin serius. Kalau anda ada penyakit jantung atau lemah semangat Awan nasihatkan korang jangan lah baca erkkk...tetapi kalau rasa cam nak mencabar diri gak untuk membaca, silakanlah tetapi risiko tanggung sendiri.
Apa lah artikel yang Awan maksudkan tuuu,,,,,jeng...jeng...jeng( di ikuti dengan paluan drum), Hari ni Awan nak ceritakan tentang FB jew atau Facebook dalam bahasa Jawa. Ok..sekarang ni fb dah menjadi ssuatu trend yang dasyat, tiap-tiap hari mesti ada pengguna baru yang mendaftar sebagai pengguna fb...dan pola ini rasanya akan terus meningkat untuk tahun-tahun yang mendatang. Sebut sahaja mengenai fb segenap lapisan umur mengetahuinya dan mengikut statistik, pengguna fb yang paling tua di catatkan oleh seorang perempuan yang berumur 103 tahun di Wales.
seperti mana-mana gajet atau media sosial akan ada pro dan kontranya, bergitu jugalah dengan fb. Ada seorang kawan Awan menolak untuk ada akaun fb kerana merasakan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Mana tidaknya dengan ayat-ayat berunsur lucah(ada yang siap upload gambar), ada yang mencetuskan pergaduhan dan banyak juga yang menabur fitnah serta penipuan.Memang tidak di nafikan perkara bergini ada, namun di sini lah gunanya akal untuk menepis yang buruk untuk mencedok yang baik. Fb kalau di gunakan dengan bijak, banyak manfaatnya misalnya pengumuman mengenai kelas batal(hoooreyyyyy) atau tuk berdikusi dengan sahabat boleh di jalankan dengan efektif, Tambahan lagi, fb juga boleh di jadikan medium dakwah. Selain itu, fb dapat merapatkan semula ukhwah yang lama menyepi misalnya berjumpa semula kawan-kawan semasa sekolah rendah dan lain-lain lagi.Nasihat Awan pula, untuk menyekat atau sekurang-kurangnya menghidari diri daripada terjerebak dengan perkara negatif. Pengguna fb di nasihatkan jangan "approve " "user" yang tidak di kenali, jangan menyebarkan maklumat diri terlalu terperinci seperti no telefon,serta password tertentu dan jangan upload gambar yang terlalu peribadi....harus di ingat gambar-gambar anda dalam fb dengan mudah boleh di ambil oleh pihak ke tiga dan jika jatuh pada mereka yang tidak bertanggunjawab pelbagai perkara yang tidak elok boleh berlaku...Nauzubillah.
Cukuplah sudah celoteh Awan pada hari ini, dan sebelum berpisah Awan sediakan pic mengenai fakta-fakta menarik tentang fb y anda tahu atau masih belum..sekian
Tuesday, 29 November 2011
Posted by Awan Hijau |
Apa yang ada pada mimpi???,ada sesetengah orang mendapat mimpi setiap kali tidur ada yang kadang-kadang tapi bagaimana pula kalau tidak pernah bermimipi???? atau bagaimana pula kalau bermimpi time dalam sedar????hahh yang ni tenat kata Sarjan Lokman(Jurulatih SUKSIS ) "orang macam ni seperti ikan masin, mata terbeliak tak tahu apa-apa".
Seperti yang diketahui umum, mimpi hanya mainan tidur jadi jangan lah ambik terlalu serius.Namun bergitu mimpi juga boleh jadi seperti alamat untuk seseorang bukan alamat seperti alamat rumah tetapi petanda untuk sesuatu kejadian yang bakal terjadi. Misalnya Awan pernah mendengar orang tua-tua berkata "jika kita bermimpi di patuk ular" maknanya jodoh kita makin hampir atau bermimpi lemas di katakan masalah besar menimpa diri akan selesai. Namun nasihat Awan jangan terlalu ambik serius kerana boleh mendatangkan mudarat pada diri dan akidah. Kerana mimpi banyak di kawal oleh syaitan.
Berbeza dengan mimpi para Rasul dan Nabi. mimpi yang di perolehi adalah mukjizat atau petanda yang benar daripada Allah contoh, mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Bagi manusia sekarang jika ada yang menyembelih anak kerana mendapat mimpi..sah-sah orang tu tak siuman.Ada juga Awan mendegar hamba Allah bermimpi bertemu Nabi Muhammad, pernah seorang Ustaz memberitahu, mimpi bertemu Nabi Muhammad boleh berlaku tetapi ada prosedur tertentu misalnya sebelum tidur, ada wuduk,doa tertentu dan solat tertentu yang Awan sudah lupa akannya.Tambahan lagi, Syaitan tidak boleh berupakan Rasul,Nabi atau Allah walaupon dalam mimpi.
Itu mengenai kisah Nabi dan Rasul, bagi kisah Awan sendiri pula...macam-macam mimpi yang pernah Awan alami daripada yang manis, pahit, sakit dll.Mimpi yang Awan rasakan mimpi terbaik yang pernah Awan Alami ialah mimpi Awan di tembak dan di tikam, bunyi macam pelik namun itu lah realitinya...Awan merasakan mimpi itu best kerana Awan dapat merasa setiap butiran peluru yang membenam ke dalam badan bergitu juga rasa ngilu tikaman.Seperti di ketahui umum kalu kita di tembak atau di tikam pada dunia realiti tentu-tentu kita mati tidak di nafikan ada yang boleh terselamat namun dengan rasa yang Awan dapat tanpa sebarang luka di badan....ini memang terbaekk.
Tidak di nafikan ada juga mimpi dengan yang tersayang..memang pengalaman manis tetetapi ada kala syaitan pandai bermain dengan emosi, ada juga bermimpi di tinggalkan o yang tersayang, memang mengalir air mata jantan..hakhakk, seperti yang dikatakan tadi ini semua mimpi.
Tetapi apa yang penting sebelum tidur kalau boleh biarlah ada wuduk, tidur mengiring ke kanan, baca doa tidur,baca surah Kursi( y ni penting supaya malaikat ada tuk menjaga kita daripada iblis durjana ketika tidur) last sekali mengucap syahadah....kerana kita tidak tahu mungkin tidur kita pada malam itu adalah tidur untuk selamanya, yang last memang last kalau ada sebarang kemusykilan rujuk lah kepada mereka yang bijak pandai,"JANGAN JADI BODOH SOMBONG" tak tahu tapi buat-buat tahu.sekian...
Monday, 14 November 2011
Posted by Awan Hijau |
Asalamualaikum wbt, Alhamdulilah sekali lagi Awan berkesempatan untuk melawat blog sendiri dan mencoretkan sedikit luahan rasa (cam serius lak bunyinya). Sebenarnya untuk lawatan kali ni Awan nak ucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya satu persoalan yang sudah lama terbuku akhirnya terjawab.Sebernya ada juga terlintas di benak fikiran untuk bertanyakan kepada mereka yang bijak pandai tapi tatkala ada peluang persoalan itu tidak terlintas di fikiran.
Persoalan yang Awan maksudkan ialah persoalan mengapa Bilal bin Rabah mengucapkan Ahad kepada Allah yang Maha Esa ketika di seksa oleh Umayyah bin Khalaf.Seksaan yang dikenakan amat lah berat, iaitu dijemur di tengah panas dan di letakkan batu besar yang berat di atas dada. Awan percaya hanya mereka yang betul-betul bertaqwa kepasda Allah dan mencintai ajaran Rasullah sahaja yang mampu mengharungi seksaan yang demikian.Namun persoalan yang timbul pada benak minda Awan ialah mengapa beliau menyebut "Ahad" dan bukannya Allah atau nama-nama suci Allah yang lain.
Untuk pengetahuan semua pembaca yang di redhai Allah, Ahad disini bukannya merujuk kepada hari Ahad seperti yang apa Awan faham semasa kecil kerana Ahad merujuk kepada Satu iaitu Allah yang Satu tiada lain selain-Nya.Walaupun agak lewat namun Awan bersyukur kerana diberi hidayat untuk memahaminya. Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas semasa menonton "Forum Perdana Ehwal Islam" seorang ustaz juga Timbalan Dekan Bahasa di UM kalau tidak silap, beliau memberitahu Bilal bin Rabah menyebut Ahad kerana itulah perkataan yang mampu di keluarkan daripada kotak suara tatkala batu berat di atas dada. Kerana jika kita amati dengan betul perkataan Ahad boleh di keluarkan dengan ton suara yang kecil dan sudah tentu perkataan Allah sukar di keluarkan kerana melibatkan pengeluaran suara yang besar atau melibatkan pembukaan rongga tekak yang lebih besar, keadaan ini akan mejadi sukar jika beban ada di atas dada kerana pembukaan kerangka dada tidak dapat belaku untuk pengeluaran udara yang lebih besar.
Alhamdullilah rasanya itu sahaja yang dapat Awan coretkan untuk kali ini semoga dengan izin Ilahi dapat lagi berjumpa kembali, dan semoga anda semua dapat input yang berguna, mintak maaf juga sekiranya ada banyak kekurangan...I/Allah akan Awan perbaiki dari semasa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)







