Tuesday 29 November 2011

Posted by Awan Hijau |
  



  Apa yang ada pada mimpi???,ada sesetengah orang mendapat mimpi setiap kali tidur ada yang kadang-kadang tapi bagaimana pula kalau tidak pernah bermimipi???? atau bagaimana pula kalau bermimpi time dalam sedar????hahh yang ni tenat kata Sarjan Lokman(Jurulatih SUKSIS ) "orang macam ni seperti ikan masin, mata terbeliak tak tahu apa-apa".
    
     Seperti yang diketahui umum, mimpi hanya mainan tidur jadi jangan lah ambik terlalu serius.Namun bergitu mimpi juga boleh jadi seperti alamat untuk seseorang bukan alamat seperti alamat rumah tetapi petanda untuk sesuatu kejadian yang bakal terjadi. Misalnya Awan pernah mendengar orang tua-tua berkata "jika kita bermimpi di patuk ular" maknanya jodoh kita makin hampir atau bermimpi lemas di katakan masalah besar menimpa diri akan selesai. Namun nasihat Awan jangan terlalu ambik serius kerana boleh mendatangkan mudarat pada diri dan akidah. Kerana mimpi banyak di kawal oleh syaitan.

  Berbeza dengan mimpi para Rasul dan Nabi. mimpi yang di perolehi adalah mukjizat atau petanda yang benar daripada Allah contoh, mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Bagi manusia sekarang jika ada yang menyembelih anak kerana mendapat mimpi..sah-sah orang tu tak siuman.Ada juga Awan mendegar hamba Allah bermimpi bertemu Nabi Muhammad, pernah seorang Ustaz memberitahu, mimpi bertemu Nabi Muhammad boleh berlaku tetapi ada prosedur tertentu misalnya sebelum tidur, ada wuduk,doa tertentu dan solat tertentu yang Awan sudah lupa akannya.Tambahan lagi, Syaitan tidak boleh berupakan Rasul,Nabi atau Allah walaupon dalam mimpi.

    Itu mengenai kisah Nabi dan Rasul, bagi kisah Awan sendiri pula...macam-macam mimpi yang pernah Awan alami daripada yang manis, pahit, sakit dll.Mimpi yang Awan rasakan mimpi terbaik yang pernah Awan Alami ialah mimpi Awan di tembak dan di tikam, bunyi macam pelik namun itu lah realitinya...Awan merasakan mimpi itu best kerana Awan dapat merasa setiap butiran peluru yang membenam ke dalam badan bergitu juga rasa ngilu tikaman.Seperti di ketahui umum kalu kita di tembak atau di tikam pada dunia realiti tentu-tentu kita mati tidak di nafikan ada yang boleh terselamat namun dengan rasa yang Awan dapat tanpa sebarang luka di badan....ini memang terbaekk.
Tidak di nafikan ada juga mimpi dengan yang tersayang..memang pengalaman manis tetetapi ada kala syaitan pandai bermain dengan emosi, ada juga bermimpi di tinggalkan o yang tersayang, memang mengalir air mata jantan..hakhakk, seperti yang dikatakan tadi ini semua mimpi.

     Tetapi apa yang penting sebelum tidur kalau boleh biarlah ada wuduk, tidur mengiring ke kanan, baca doa tidur,baca surah Kursi( y ni penting supaya malaikat ada tuk menjaga kita daripada iblis durjana ketika tidur) last sekali mengucap syahadah....kerana kita tidak tahu mungkin tidur kita pada malam itu adalah tidur untuk selamanya, yang last memang last kalau ada sebarang kemusykilan rujuk lah kepada mereka yang bijak pandai,"JANGAN JADI BODOH SOMBONG" tak tahu tapi buat-buat tahu.sekian...

Monday 14 November 2011

Posted by Awan Hijau |


     Asalamualaikum wbt, Alhamdulilah sekali lagi Awan berkesempatan untuk melawat blog sendiri dan mencoretkan sedikit luahan rasa (cam serius lak bunyinya). Sebenarnya untuk lawatan kali ni Awan nak ucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya satu persoalan yang sudah lama terbuku akhirnya terjawab.Sebernya ada juga terlintas di benak fikiran untuk bertanyakan kepada mereka yang bijak pandai tapi tatkala ada peluang persoalan itu tidak terlintas di fikiran.
   
     Persoalan yang Awan maksudkan ialah persoalan mengapa Bilal bin Rabah mengucapkan Ahad kepada Allah yang Maha Esa ketika di seksa oleh Umayyah bin Khalaf.Seksaan yang dikenakan amat lah berat, iaitu dijemur di tengah panas dan di letakkan batu besar yang berat di atas dada. Awan percaya hanya mereka yang betul-betul bertaqwa kepasda Allah dan mencintai ajaran Rasullah sahaja yang mampu mengharungi seksaan yang demikian.Namun persoalan yang timbul pada benak minda Awan ialah mengapa beliau menyebut "Ahad" dan bukannya Allah atau nama-nama suci Allah yang lain.

    Untuk pengetahuan semua pembaca yang di redhai Allah, Ahad disini bukannya merujuk kepada hari Ahad seperti yang apa Awan faham semasa kecil kerana Ahad merujuk kepada Satu iaitu Allah yang Satu tiada lain selain-Nya.Walaupun agak lewat namun Awan bersyukur kerana diberi hidayat untuk memahaminya. Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas semasa menonton "Forum Perdana Ehwal Islam" seorang ustaz juga Timbalan Dekan Bahasa di UM kalau tidak silap, beliau memberitahu Bilal bin Rabah menyebut Ahad kerana itulah perkataan yang mampu di keluarkan daripada kotak suara tatkala batu berat di atas dada. Kerana jika kita amati dengan betul perkataan Ahad boleh di keluarkan dengan ton suara yang kecil dan sudah tentu perkataan Allah sukar di keluarkan kerana melibatkan pengeluaran suara yang besar atau melibatkan pembukaan rongga tekak yang lebih besar, keadaan ini akan mejadi sukar jika beban ada di atas dada kerana pembukaan kerangka dada tidak dapat belaku untuk pengeluaran udara yang lebih besar.

  Alhamdullilah rasanya itu sahaja yang dapat Awan coretkan untuk kali ini semoga dengan izin Ilahi dapat lagi berjumpa kembali, dan semoga anda semua dapat input yang berguna, mintak maaf juga sekiranya ada banyak kekurangan...I/Allah akan Awan perbaiki dari semasa ke semasa.

Tuesday 1 November 2011

Posted by Awan Hijau |
Assalamualaikum wbt....artikel kali ni merupakan samb, kpd kisah Nabi Musa beretemu dengan Nabi Khidir pada artikel y lepas...

Hadis riwayat Ubay bin Kaab رضي الله عنه:
Ia berkata : Dari Said bin Jubair ia berkata: Aku pernah berkata kepada Ibnu Abbas رضي الله عنه bahwa Naufan Al-Bukali beranggapan bahwa Musa عليه السلام nabi Bani Israel adalah bukan Musa yang menjadi sahabat Khidhir.
Ibnu Abbas berkata: Musuh Allah adalah pembohong. Aku pernah mendengar Ubay bin Kaab رضي الله عنه berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
Musa عليه السلام pernah berdiri berpidato di tengah-tengah Bani Israel.
Dia (Musa) lalu ditanya: Siapakah manusia yang paling berilmu? Dia menjawab: Akulah orang yang paling berilmu.
Allah lantas menegurnya karena dia tidak mengembalikan ilmu kepada Allah. Allah lalu memberi wahyu kepadanya bahwa salah seorang hamba-Ku yang menetap di tempat pertemuan dua lautan adalah lebih berilmu daripada kamu.
Selanjutnya Musa bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku dapat bertemu dengannya? Dikatakan kepadanya: Bawalah seekor ikan dalam sebuah keranjang. Di mana saja kamu kehilangan ikan tersebut, maka di situlah dia berada.
Kemudian Musa pun berangkat bersama muridnya bernama Yusya’ bin Nun. Musa عليه السلام membawa ikan tersebut dalam sebuah keranjang. Dia dan muridnya berangkat dengan berjalan kaki sampai keduanya mencapai sebuah batu karang besar dan tidurlah Musa عليه السلام dan muridnya. Sementara ikan yang berada dalam keranjang bergerak dan keluar dari keranjang lalu jatuh ke laut. Kemudian Allah menahan ombak, sehingga menjadi seperti sebuah lengkungan buat melintas ikan tersebut. Musa عليه السلام dan muridnya terheran-heran. Mereka meneruskan sisa perjalanan pada siang dan malam hari sedangkan murid Musa عليه السلام lupa untuk memberitahukannya.
Keesokan paginya Musa عليه السلام berkata kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini. Tetapi (Musa عليه السلام) tidak akan merasa letih sebelum dia sampai di tempat yang diperintahkan.
Muridnya berkata: Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di sebuah batu karang tadi, aku lupa menceritakan tentang ikan itu, setanlah sebenarnya yang membuatku lupa untuk menceritakannya, ikan itu telah masuk ke laut dengan cara yang sangat aneh sekali.
Selanjutnya Musa عليه السلام berkata: Kalau begitu itulah tempat yang kita cari. Keduanya lalu kembali. Keduanya mengikuti jejak mereka semula. Hingga ketika mereka tiba di batu karang tadi Musa tiba-tiba melihat seorang lelaki yang berselimut dengan sebuah pakaian dan itulah Khidhir. Musa عليه السلام mengucapkan salam kepadanya.
Khidhir bertanya kepadanya: Ternyata di negerimu terdapat salam! (Musa عليه السلام) berkata: Aku adalah Musa. Khidhir bertanya: Musa Bani Israel? Dia menjawab: Ya. Khidhir berkata: Sesungguhnya kamu memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah kepada kamu yang aku tidak ketahui. Sebaliknya aku juga memiliki ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang telah diajarkan Allah kepadaku yang tidak kamu ketahui.
Musa عليه السلام berkata kepada Khidhir: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Khidhir menjawab: Sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku. Bagaimana kamu bisa sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa عليه السلام berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam suatu urusanpun. Khidhir berkata kepadanya: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan tentang sesuatu apapun sampai aku sendiri yang akan menerangkannya kepadamu.
Musa menjawab: Baiklah. Khidhir dan Musa عليه السلام lalu berangkat dengan berjalan kaki di tepi pantai dan lewatlah sebuah perahu di hadapan mereka berdua. Mereka bercakap-cakap dengan para penumpangnya agar mau mengangkut mereka. Karena sudah kenal dengan Khidhir, mereka lalu membawa keduanya tanpa bayaran.
Khidhir beranjak ke salah satu papan perahu lalu dicabutnya. Musa عليه السلام berkata kepada Khidhir: Mereka telah membawa kita dengan percuma tetapi dengan sengaja perahu mereka kamu lobangi! Apakah kamu hendak menenggelamkan penumpangnya. Sesungguhnya kamu telah berbuat suatu kesalahan yang besar? Khidhir berkata: Bukankah aku telah berkata: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersamaku. Musa عليه السلام berkata: Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.
Selanjutnya mereka meninggalkan perahu tersebut. Saat mereka sedang berjalan di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang anak remaja bermain dengan beberapa temannya. Khidhir memegang kepala anak itu lalu memenggalnya sehingga terbunuhlah ia.
Musa عليه السلام berkata: Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu? Bukankah dia tidak membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar.
Khidhir berkata: Bukankah sudah aku katakan kepadamu, bahwa kamu tidak akan sabar bersamaku. Perbuatan ini lebih kejam lagi daripada yang pertama. Selanjutnya Musa عليه السلام berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah kali ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.
Maka keduanya berjalan, hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhir menegakkan dinding itu. Ia berkata: Miring, Khidhir mengisyaratkan dengan tangannya dan menegakkan dinding tersebut. Musa عليه السلام berkata kepada Khidhir: Orang-orang yang kita datangi tidak mau menerima kita sebagai tamu dan tidak mau menjamu kita. Jikalau kamu mau niscaya kamu mengambil upah untuk pekerjaan itu. Khidhir berkata: Inilah perpisahan kita. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang membuat kamu tidak sabar terhadapnya.
Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
Semoga Allah merahmati Musa. Aku akan senang sekali kalau saja Musa عليه السلام boleh bersabar sehingga dia dapat menceritakan kepada kita tentang pengalaman mereka berdua.
Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
Tindakan Musa عليه السلام yang pertama memang karena lupa. Beliau bersabda: Seekor burung terbang lalu hinggap pada tepi perahu itu dan mematuk ke laut. Khidhir lalu berkata kepadanya: Ilmu kita jika dibandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut pada laut itu .
Shahih Muslim
Kitab Keutamaan Beberapa Perkara : Keutamaan-keutamaan Khidhir عليه السلام
Hadits marfu’ .No: 4385