Wednesday, 4 April 2012

Posted by Awan Hijau |


(tersalah edit, bukan 21..tp 22,,heeeyy cepat betol masa berlalu)

Tanggal 21 Januari 2012, detik manis dalam hidup ku. Ternyata detik ini akan terpahat segar dalam ingatan ku. Cewahhh... ayat, cam nk tulis esei jew kan. Sebenarnya bergini ceritanya....jeng..jengg..jeng!!! Pada 21 Januri yang lepas, kebetulan gak tarikh tersebut merupakan tarikh kitorang (geng SUKSIS) mengikuti Khusus Etika & Jati Diri di PULAPOL Air Hitam atau dahulunya dikenali dengan nama PULAPAH.
Pada malam tarikh tersebut, En. Lokman( Jurulatih Skuad kami) mengadakan satu perjumpaan. Pada malam tersebut bukan main teruk beliau mengamuk, tetapi kami redha jew lahh...sebab memang kami yang buat salah ponn, jadi memang patutlah kena marah kan.
Baik beliau tengah marah, keadaan lagi panas masa tuu..ada beberapa nama yang beliau panggil malam tuu kerana atas kesalahan tertentu dan tak tahu apa plakkk salah Awan kan, nama Awan sendiri pon turut tercalon dalam mereka yang bersalah. Memang teruk kena tengking malam tuu...kekadang goyang gak kna marah camtu tapi apa-apa hal kenalah berlagak kool... awekkss kan ramai masa tuuhhh.
Lepas tuuhh, beliau suruh yang bersalah pusing belakang... masa tuuu jantung berdegupp kencangg lah gak kan, kot-kot ada hukuman dari belakang kea pa kan. Tiba- tiba.. lampu terpadam dan nyayian lagu “B,day” berkumandang. Tiba-tiba... (lagi sekali) , air mata berderai-derai membasahi pipi, “touchinggg” sioottt. Ramai yang cakap..ko tak jantan lah menangis, tapi mereka tak tahu yang Awan berlakon jew menagis tuuhh...takkan lah muka jantan camni boleh menangis kott..(ehemmm3x).

(Mereka yang di rai)


(ni lah dia tok dalang & juga merangkap jurulatih Awan, tengok sajalah dia punya misai..mau owang x takut)

Berakhir lah babak pertama.... kesesokannya, pada malam tersebut. Sekali lagi nama Awan di panggil tapi oleh pihak yang lain iaitu dari pihak PULAPAH. Bukan main syok mereka hentammm...mereka dah senaraikan pelbagai salah laku Awan kat sana, yang paling teruk siap nak suruh Awan keluar dari SUKSIS lagi. Tetapi entah kenapa lakonan mereka tak menepati piawaian suspen... sebab adegan mereka tuu cam dah boleh agak dia punya endingggg. Ternyata tekaan Awan tepat, sekali lagi B,day Awan diraikkan...kahkahkah. Ni part yang paling syok..sebelum ni tak pernah pon nak sambut b,day2 ni...tapi bila dah sambut dua kali terus.

(Mereka ni kawan sebilik, y dah macam adik beradik pon ada...kalau kitaorang ni adik b,adik, mestilah Awan y sulung kannn..hhakk)

Apa pon, ucapan berbanyak terima kasih Awan panjatkan kepada mereka yang terlibat bagi meraikkan b.day Awan...doa Awan, supaya anda semua, Suksesssss sokmoooo!!!! Amin!!!!

0 comments:

Post a Comment