Posted by Awan Hijau |
Pagi tadi tepat jam 4.30 a.m Awan dikejutkan dengan jeritan Ayie( merangkap seorang blogger <sini> dan roomate ) jeritan beliau seakan cemas akan sesuatu. Terlintas dalam fikiran ni tak ada lain mesti melibatkan Maria dan Bocha (iaitu hamster kesyangan kami) kerana Ayie tidak akan cemas untuk perkara lain walaupon laptop beliau meletup, ini juga menunjukkan betapa kami sayangkan mereka. Ada juga terlintas di fikiran mungkin kah Maria dah beranak maklum sajalah perut dia pon memang memboyot hanya menghitung detik sahaja. Kalau benar itu terjadi ini pasti akan menjadi berita gembira untuk warga IIUM.
Tanpa membuang masa yang dah sekian terbuang Awan segera mendapatkan Ayie, kelihatan beliau sudah tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata, kelihatan muka beliau kepucatan dengan jari menunjukkan kearah rumah hamster, pada mulanya Awan tidak mengerti selepas diamati betul-betul barulah Awan mengerti bahawa Maria tersangkut pada tingkap rumah hamster tersebut. Rumah tersebut mempunyai satu pintu dan satu tingkap, sudah kemestian tingkap adalah lagi kecil daripada pintu.
Kami dah mulai panik.....pelbagai cara kami cuba untuk mengeluarkan Maria. Perkara pertama yang telah dilakukan, kami meletakkan syampu pada badan Maria dengan alasan syampu boleh jadi pelincir. Namun hampa ia tidak berhasil. Kami cuba memotong rumah dengan pisau..."perghhhhh keras gila rumah ini" ayat Awan ketika itu. Kelihatan ketika itu Maria semakin lemah, kekadang Maria menjerit kesakitan memang runtum jiwa kami ketika itu memirkan akan keselamatan Maria serta bayi dalam kandungan.
Setelah bertungkus lumus mencari alatan lain, akhirnya kami menjumpai playar. Sekali lagi kami cuba memotong rumah tersebut, ternyata binaan rumah tersebut memang jitu. Kami tidak boleh terlalu berkeras kerana takut akan mencederakan Maria. Namun melihat keadaan Maria seperti makin hilang nyawa. Dengan izin Allah, rumah tersebut berjaya dipecahkan dan Maria selamat dikeluarkan. Terlintas dalam benak fikiran " cerita Greys Anatomy" pon belum tentu dapat buat aksi menyelamat seperti ini.
Harapan kami agar Maria cepat melahirkan anak, memandangkan lusa kami terpaksa meniggalkan mereka kerana ada kem. The end-----^^
0 comments:
Post a Comment