Bertarikh 21 April 2012 yang lalu, bertempat di Sungai Kersang, Muar, Johor. Awan dengan beberapa penghuni Mahallah Salahuddin telah berjaya melaksanakan “Program Bakti Siswa” . Program yang mengambil masa 1 hari 2 malam itu telah di isi dengan pelbagai aktiviti, baik aktiviti kemasyarakatan juga aktiviti sosial bagi merapatkan hubungan yang jauh serta mengeratkan hubungan antara dua hala. Walaupun agak kepenatan dek perjalanan yang jauh, yang memakan masa kira-kira 8 jam dan sampai di sana lebih kurang 2 3 pagi tetapi itu tidak melunturkan semangat kami untuk menabur bakti kepada warga Kersang khusunya. Setibanya kami di sana, kami telah di sambut mesra dengan senyuman manis dan gelak mesra penduduk di sana. Seterusnya, sesi taklimat daripada Projek Program serta sesi penyerahan kami kepada keluarga angkat masing-masing.
“Pelanduk Dua Serupa” itu yang terlintas di fikiran Awan apabila terpandang akan seorang pemuda kerana wajahnya yang seiras wajah abg Awan. Tetiba lintasan itu makin terpadam apabila, melihatkan wajahnya yang agak garang. Pada tika itu, bermonoloq seketika “harap-harap Awan bukan dalam keluarga angkat ini”, tetapi kuasa ilahi melebihi segalanya, nama Awan serta tiga yang lain terpilih untuk berada dalam keluarga ini.
Selepas sesi penyerahan kepada keluarga angkat, majlis bersurai dan “sleep timeeee”. Kumpulan lelaki tidur sekitar pejabat dan bagi kumpulan perempuan, merekan akan tidur di rumah keluarga angkat... Untungggg lerrrr!!!!! Pada keesokan paginya, kami solat berjemaah dengan penduduk Kersang di masjid berdekatan dan sesudah itu, sesi tazkirah subuh oleh Brother Aiman. Namun, sesi tazkirah subuh tidak berakhir di situ kerana penduduk kampung meminta seorang brother dari Gaza (salah seorang peserta dari UIA) untuk bercerita tentang peristiwa yang berlaku di sana ,bagi memudahkan penduduk memahami apa yang dikatakan, seorang penterjemah dari kalangan kami di tugaskan untuk mnterjemahkan butir kata beliau.
Seterusnya, kami dihidangkan sarapan pagi yang agak berbeza pernah kami makan sebelum ni dan rasanya ni adalah kali pertama Awan menikmatinya iaitu “ubi kayu rebus di cicah dengan sambal”. Ini suatu yang baru buat Awan kerana, Awan tidak pernah makan ubi kayu masa pagi dan kalau ada makan masa tengahari atau malam, Awan akan makan ubi kayu dengan kelapa parut ( kebiasaan bagi masyarakat Kelantan). Selesai menikamati sarapan yang lazat itu, kami ke agenda penting iaitu khidmat masyarakat. Kami sebelum itu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, juga bagi kawasan dan tugasan yang berbeza misalnya kumpulan Awan ditugaskan untuk membersihkan jeti, dan yang lain ada yang membersihkan serta mengindahkan taman permainan, ada yang membersihkan kubur .
Ternyata penat lelah kami bergontong-royong membersihkan kawasan telah terubat apabila kami telah dipelawa bersiar-siar di sepanjang Selat Melaka manaiki bot penduduk di situ. Perghhhh... memang indah ciptaan Ilahi, pemandangan memang cantik dengan laut membiru dan ada kala terusik dengan telatah nelayan di situ yang menegur kami dan ada yang memberikan Tapak Sulaiman untuk dipegang. Rasanya, ada dua jam juga kami di bawa berlayar, setelah itu kami telah di bawa oleh keluarga angkat masing-masing ke rumah mereka untuk mandi dan solat zohor.
Setibanya kami berempat di rumah keluarga angkat kami, kami sekali lagi disambut dengan senyuman manis oleh ahli keluarga, dan saat yang tidak boleh di lupakan ialah saat perkenalan dengan Atuk dan Nenek yang merupakan ayah dan bonda abg Wan (ayah angkat Awan), mereka memang teramatlah ramah dan banyak ilmu yang dikongsikan, oleh kerana terlalu asyik berbual sampaikan kami telah terlewat untuk acara seterusnya...hhuukk.. . Disana juga, Awan telah di ajar bahawa “Don’t Judge a Book by It’s Cover” kerana Abg Wan yang nampak garang adalah seorang yang baik. Selain itu kami juga telah berkenalan dengan anggota keluarga yang lain, misalnya Abg Ijan dan isteri, isteri Abg Wan adik Huda (anak abg Ijan) dan yang lain-lain.
Acara seterusnya ialah aktiviti sukaneka dengan penduduk kampung Kersang. Pelbagai aktiviti telah tersedia, antaranya Boling Kelapa, Makan Tembikai, Permainan Si Buta, Baling Belon yang mengandungi air. Ada antara permainan yang Awan sertai dengan keluarga angkat, dan ada yang menang, ada yang kalah. Namun, kalah tidak member erti apa-apa kerana ikatan silaturahim yang semakin erat yang menjadi misi bagi program ini.
Petangnya pula, persiapan bagi majlis penutup, semuanya sibuk dengan tugasan masin-masing. Ada yang menyiapkan makanan ada yang mempersiapkan tempat. Setelah itu, berakhirlah program ini... kami seterusnya bersiap-siap mengemas barang-barang. Kemudian, kelihatan semua anak angkat bersalam dan berpelukkan dengan keuarga angkat masing-masing termasuk lah Awan. Tapi part yang paling menyetuh perasaan apabila, saat bersalaman dengan atuk dan nenek, dan nenek mencium pipi Awan. Memang satu perasaan yang sukar nak di gambarkan, kerana Awan tidak pernah merasai kasih sayang nenek dan atuk, kerana atuk dan nenek kedua-dua belah ibu abah telah pergi ke rahmatullah saat Awan masih kecil.
Rasanya cukuplah dahulu untuk kali ini, akhir kalam I/Allah kalau ada lagi program seperti ini... Awan teramatlah berminat untuk mengikutinya lagi.... (>0)
salam ziarah !
ReplyDeleteanda di tag di sini ! jom join !
http://aunisyifaa.blogspot.com/2012/05/exclusive-giveaway-by-cik-bunny.html