Sunday 23 October 2011

Posted by Awan Hijau |
         Bismillahirahmanirahhim...dengan nama Allah pencipta sekian alam selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi junjungan Rasullah saw,di kesempatan ini terlebih dahulu "Awan" ingin memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup dan terus berjuang demi islam tercinta semestinya . Dan  buat semua "reader" & "blogger" sekalian  ucapan salam "Awan" dahulukan tanda persaudaraan.
        Kalau kita dapat amati hanya dalam masa sehari pelbagai perkara boleh berlaku dalam hidup kita, kadangkala gembira, sedih,hampa,derita dan sebagainya. "Awan" ingin mengambil contoh tentang yang berlaku malam tadi(23/10) perasaan gembira dan bangga terpancar bagi penyokong setia arsenal( spt Awan sdri. Eklah,Aiman,Nabil dsbg) apabila dapat menyaksikan Arsenal menang bergaya ke atas Stoke dengan jaringan 3-1 . Apa yang pasti Van Persie sekali lagi muncul wira "The Gunners" kerana penyudah berbisa daripada kaki beliau selalu membuahkan hasil, buktinya semalam beliau berjaya membenam 2 gol manakala 1 gol lagi hasil sepakan padu Gervinho( permata hitam baru The Gunners).
       Manakala kekecewaan jelas terpancar pada riak wajah "Syaitan Merah"/"Red Devil" apabila menyaksikan sendiri bagaimana sekuad kendalian Alex Ferguson di kalahkan dan di malukan di kampung sendiri. Memang sudah temaktub kalah menang adat permainan tetapi kalau sudah kalah 6-1 bagi kelab yang memiliki reputasi besar seperti Man u. Kekalahan itu ternyata sukar untuk di terima.Kerana Awan menerima perkhabaran daripada Mahallah Siddiq iaitu Tajul pnyokong separuh masak Man u telah membakar jersi kelab itu kerana kecewa dengan kekalahan yang memalukan, dan beliau ada bertanya Awan sebelum ni kenapa Awan tidak buang saja jersi Arsenal memendangkan rekod kelab yang kurang baik musim ini, jawab Awang ringkas jew..."xkan kita nak menyokong time menang jew, kalau betol penyokong setia kalah menang sentiasa di hati".
      Rasanya cukuplah ulasan mengenai man u kerana "Awan" pasti kekalahan ulasan yang berlebihan takut menimbulkan perkara yang tidak di ingini pula..hhakk. Maklumlah Awan tak berapa sukakan kelab itu( maaf sekali lagi kerana jujur).Namun bergitu, Tony Fernandes tentunya antara manusia yang paling gembira di Malaysia kerana kelab beliau Queens Park Ranger telah menang ke atas Chelsea  keputusan yang agak mengejutakan memandangkan Chelsea juga kelab jagoan dunia namun itu lah bola sepak sekali di atas dan ada kalanya di bawah jadi nasihat Awan yang ingin menyokong kelab bola sepak mereka...segera siapkan fizikal dan mental kerana anda tidak akan menjangka nasib kelab anda seperti man u,  . Apa-apa pun tahniah di ucapkan kepada Dato' Tony semoga suatu hari nanti terbuka pintu hati Dato' untuk membangunkan industri bola sepak tempatan pula.
      Akhir kata daripada Awan, kerana Awan kena begegas ke kelas sebelum terlewat...hhuuk, ayat lama tapi bermakna iaitu "Majulah sukan buat negara" semoga suatu hari nanti kita dapat melihat industri bola sepak tempatan setaraf industri bola sepak luar negara.