Friday, 21 October 2011

Posted by Awan Hijau |
   

       Asssalamualaikum wbt..buat semua yang sudi melawat blog Awan (nama pena ), A/hamdullilah hari ini merupakan hari ke-2 awan berkecimpung dalam dunia penulisan blog, jika ada yang bertanya sejauh mana komitmen awan dalam bidang ni, awan sendiri pon belum ada jawapan yang konkrit, tetapi harapan Awan dapatlah Awan teruskan sampai akhir hayat..hhakk(ketawa tak yakin) kerana medium ni kalau digunakan dengan betol banyak manfaatnya seperti dapat sebarkan ilmu pengatahuan serta boleh mengajak tuk berbuat kebaikan kerana Rasullah saw pernah berpesan "sampaikanlah dariku walaupon sepotong ayat". Ini jelas menunjukkan bahawa Baginda amat menyarankan umat islam sekalian untuk menyebarkan ilmu & bukan bertindak simpan ilmu mati dalam diri sendiri. Namun bergitu bukan semua ilmu wajib disampaikan dan diamalkan kerana ilmu yang diketahui mampu memesongkan akidah kita haram diterjemahkan dalam hidup kita seharian.
          
       Berbalik kepada menyebarkan ilmu bermanfaat tadi, mungkin ramai juga diantara kita yang merasakan diri tak layak tuk menyebarkan ilmu....maklulmlah kan ilmu sebanyak mana sangat, al-Quran pon tak khatam habis lagi. Sebenarya ketahuilah oleh mu bahawa Allah lebih sukakan hambanya menyebarkan ilmu walaupon ilmu itu sedikit dan dianggap mudah kerana firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Allah s.w.t mengangkat bagi mereka yang beriman dari kalangan kamu, dan mereka yang dianugerahkan ilmu, beberapadarjat (kedudukan).” (Surah al-Mujadalah, 58: 11). . Juga nasihat untuk mereka yang diberikan ilmu, walaupon kita meraskan ilmu kita lagi hebat daripada ilmu yang disampaikan namun jangan sesekali kita berbangga diri(takbur) kerana da sebuah kisah pada zaman Nabi Musa as, seperti diketahui umum Nabi Allah Musa ni diberikan mukjizat oleh Allah diberikan ilmu yang tinggi,tongkat(pelbagai kuasa) malah antara mukjizat Nabi Musa as, baginda dapat berinteraksi dengan Allah secara maya(namun masih tidak nampak melihat zat Allah) waalahualam. Dan pada suatu hari dalam suatu perhimpunan dengan 12 suku bani Israel dalam baginda berkhutbah menyedarkan para bani Israel tentang nikmat yang diberikan,tiba-tiba ada seorang pemuda dari kalangan bani Israel mencelah sambil mengajukan 1 soalan "WAHAI NABI MUSA, SIAPAKAH ORANGNYA YANG PALING PANDAI SEKARANG INI" jawab Nabi Musa akulah orang pandai atas bumi ini,Dengan pernyataan Nabi Musa inilah ALLAH maha mendengar siapa yang berkata baik dengan dilahirkan maupun didalam   "seraya Allah berfirman yang bermaksud "wahai Musa Aku mempunyai hamba yang lagi pandai daripada kamu" mendengar firman Allah itu Nabi Musa bertanya siapakah hamba Mu itu dan bagaimana caranya untuk ku bertemu dengannya.??


    Nak tahu  siapakah hamba itu dan apakah ketinggian ilmu yang dimilikki, nantikan post Awan seterusnya I/Allah(x larat nak menulis panjang)...akhir kata drp Awan., perbanyakkanlah & persiapkan diri kita dengan ilmu y bermanfaat moga2 dapat memeberi kesejahteran hidup di dunia dan di akirat. Imam Al-Syafie pernah berkata  sesiapa yang mahukan kebahagian di dunia mseti ada ilmu, sesiapa yang mahukan kebahagian di akhirat mesti ada ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya juga mesti ada ilmu".
 Sekian terima kasih...wassalam..
  


0 comments:

Post a Comment