Tuesday, 29 November 2011

Posted by Awan Hijau |
  



  Apa yang ada pada mimpi???,ada sesetengah orang mendapat mimpi setiap kali tidur ada yang kadang-kadang tapi bagaimana pula kalau tidak pernah bermimipi???? atau bagaimana pula kalau bermimpi time dalam sedar????hahh yang ni tenat kata Sarjan Lokman(Jurulatih SUKSIS ) "orang macam ni seperti ikan masin, mata terbeliak tak tahu apa-apa".
    
     Seperti yang diketahui umum, mimpi hanya mainan tidur jadi jangan lah ambik terlalu serius.Namun bergitu mimpi juga boleh jadi seperti alamat untuk seseorang bukan alamat seperti alamat rumah tetapi petanda untuk sesuatu kejadian yang bakal terjadi. Misalnya Awan pernah mendengar orang tua-tua berkata "jika kita bermimpi di patuk ular" maknanya jodoh kita makin hampir atau bermimpi lemas di katakan masalah besar menimpa diri akan selesai. Namun nasihat Awan jangan terlalu ambik serius kerana boleh mendatangkan mudarat pada diri dan akidah. Kerana mimpi banyak di kawal oleh syaitan.

  Berbeza dengan mimpi para Rasul dan Nabi. mimpi yang di perolehi adalah mukjizat atau petanda yang benar daripada Allah contoh, mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Bagi manusia sekarang jika ada yang menyembelih anak kerana mendapat mimpi..sah-sah orang tu tak siuman.Ada juga Awan mendegar hamba Allah bermimpi bertemu Nabi Muhammad, pernah seorang Ustaz memberitahu, mimpi bertemu Nabi Muhammad boleh berlaku tetapi ada prosedur tertentu misalnya sebelum tidur, ada wuduk,doa tertentu dan solat tertentu yang Awan sudah lupa akannya.Tambahan lagi, Syaitan tidak boleh berupakan Rasul,Nabi atau Allah walaupon dalam mimpi.

    Itu mengenai kisah Nabi dan Rasul, bagi kisah Awan sendiri pula...macam-macam mimpi yang pernah Awan alami daripada yang manis, pahit, sakit dll.Mimpi yang Awan rasakan mimpi terbaik yang pernah Awan Alami ialah mimpi Awan di tembak dan di tikam, bunyi macam pelik namun itu lah realitinya...Awan merasakan mimpi itu best kerana Awan dapat merasa setiap butiran peluru yang membenam ke dalam badan bergitu juga rasa ngilu tikaman.Seperti di ketahui umum kalu kita di tembak atau di tikam pada dunia realiti tentu-tentu kita mati tidak di nafikan ada yang boleh terselamat namun dengan rasa yang Awan dapat tanpa sebarang luka di badan....ini memang terbaekk.
Tidak di nafikan ada juga mimpi dengan yang tersayang..memang pengalaman manis tetetapi ada kala syaitan pandai bermain dengan emosi, ada juga bermimpi di tinggalkan o yang tersayang, memang mengalir air mata jantan..hakhakk, seperti yang dikatakan tadi ini semua mimpi.

     Tetapi apa yang penting sebelum tidur kalau boleh biarlah ada wuduk, tidur mengiring ke kanan, baca doa tidur,baca surah Kursi( y ni penting supaya malaikat ada tuk menjaga kita daripada iblis durjana ketika tidur) last sekali mengucap syahadah....kerana kita tidak tahu mungkin tidur kita pada malam itu adalah tidur untuk selamanya, yang last memang last kalau ada sebarang kemusykilan rujuk lah kepada mereka yang bijak pandai,"JANGAN JADI BODOH SOMBONG" tak tahu tapi buat-buat tahu.sekian...