Friday 30 December 2011

Posted by Awan Hijau |

 

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her…when her cooking is bad. She tries.
Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.
Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her…when she argues. She only wants to make things right for both
Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.
The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
  •  Treat the women well.
  • The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Wednesday 21 December 2011

Posted by Awan Hijau |

Monday 19 December 2011

Posted by Awan Hijau |


 
Selalunya entri serius jew kan, hari ini apa kata kita rehatkan minda kita yang tegang dengan fakta-fakta yang di yakini benar( kalu tak bukan fakta lah namanya kan) dan menyeronokkan....Enjoyyy

1)Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2)Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

 3)Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4)Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5)Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6) kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7)Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8) Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9) Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10)Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11)Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

12)Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

13)Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14) Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

15)Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

16) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

17) Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

18)Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

19)Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur

akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi

satu perkataan.

20)Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan

kimia.

21)Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih

lama daripada mereka yang kidal.

22)Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut

di telefon sepanjang hayatnya.

23)Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang

hidupnya.

24)Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di

Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

25)Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D

iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
Bergitulah berakhirnya 25 fakta yang sempat Awan sediakan, I/Allah pada lain ketika Awan akan update fakta yang berlainan pula...Stay Tuned!!!!

Saturday 17 December 2011

Posted by Awan Hijau |


      Entri Awan kali ni nak menyentuh perihal undang-undang atau hukum hakam, tidak lah bermaksud Awan ni pakar soal undang-undang hanya lebih untuk nak berkongsi. Undang-undang yang Awan maksudkan  tidak sama dengan hukum hakam biasa kerana sumber asalnya daripada Allah iaitu perihal hukum hudud yang sangat hangat diperdebatkan oleh golongan tertentu dan sudah tentulah ahli politik golongan yang utama. Sebenarnya Awan jika diajukan soalan "terima atau tidak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan"??? sudah tentu sekali Awan akan terima, kenapa kita perlu takut kalau kita di pihak yang benar??? kenapa kita nak risau kalau kita tidak berbuat salah??? kerana hukuman ini bukan untuk membebankan, kerana Allah tidak akan meletakkan sesuatu yang akan membebankan hamba-Nya. 

     Ada sesetengah pihak menentang perlaksanaanya dengan alasan  masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi masyarakat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Namun bergitu, ramai juga yang menyokong akan perlaksanaan ini kerana undang-undang sedemikian mampu membuatkan pesalah, misalnya perompak untuk berfikir dua kali untuk melakukan rompakan dan mungkin mampu mengubah mereka untuk berbalik kepada kebenaran...I/Allah.

     Awan masih teringat akan kata-kata Ustaz Othman, beliau menyatakan misalnya hukuman sebat 100 kali bagi pelaku zina , ada sebabnya. Mengikut kajian pukulan sebat di atas tulang punggung dapat meransang pembebasan vaksin yang mampu melawan virus AIDS, Wallahualam. Apa yang Awan dapati undang-undang sekarang terlalu berlembut dengan persalah. Misalnya sekarang kes zina/kes rogol hanya sebat beberapa kali dan penjara beberapa tahun dan bagi golongan berada boleh melepaskan diri dengan hanya sedikit bayaran. Yang paling menyedihkan, peningkatan maksiat dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi, remaja sekarang bebas untuk keluar dengan pasangan...ibu bapa pula dah semakin tak siuman apabila ada yang bagi si lelaki berdua-duan dalam bilik dengan anak perempuan mereka, apabila ditanya mengapa berbuat demikian "ye lah kita ibu bapa kenalah sporting". Apa lagi dah ibu bapa bagi "green light" yang si lelaki apa lagi naik hantu/syaitan dan iblis semua ada. Apabila dah mengandung, lekas-lekas khawinkan kerana nak tutup aib...woiiii tuuu aib depan masyrakat saja kew yang nak difikirkan, malu dengan Allah pernah tak terlintas??? Sekarang ni hidup memang sempoi...dah main suka-suka dapat pula  khawin free, siap boleh tunjuk lagak depan member-member, member yang banggang tengok member hepppy nak ikut jejak langkah gak..dan bergitulah seterusnya.. Jadi disinilah apa yang Awan katakan daripada awal kita memerlukan undang-undang yang lebih tegas yang mampu menyedarkan mata masyarakat yang kian largha.

     Nasihat ini, Awan tujukan buat semua yang ada membaca dan juga untuk diri Awan sendiri. Awan bukanlah seorang yang perfect agama atau akhlak dan Awan juga ada membuat salah. Ambik yang mana baik, yang buruk yang sesiapa saja yang dilakukan janganlah ikut. Semoga kita semua, terlepas seksa kubur dan terlepas seksaan api neraka---Amin!!!


Tuesday 6 December 2011

Posted by Awan Hijau |
           Perghhh betol ke entri Awan nii...atau Awan ni bertindak nak menjatuhkan Ayie???. Sudah semestinya benar tengok lah nama kan "Mukmin" maksudnya orang beriman(saja nak meyakinkan).
Tapi kalau betol siapa lah pula gerangan si pelengkap rusuk kiri si teruna ni kan. Kerana ramai yang tahu Ayie baru saja melancarkan roket  cinta pada si A***A tak sampai setahun jagung lagi. Seyakin Awan lagi, Ayie takkan buat perkara yang tak elok...tengok saja pada karakter beliau yang bersederhana, lemah lembut bicaranya, beriman mana mungkin beliau akan buat perkara yang di larang.

       Kalau dah benar bergitu, dari mana datangnya anak beliau....kerana agak mustahil untuk seorang lelaki melahirkan anak(tapi tak tahu lah kalau ayie spesis berbeza).




      Sebenrnya, untuk tidak memeningkan kepala pembaca( kalau ada) dan tak meletihkan tangan kerana banyak menaip, anak yang di maksudkan ialah anak hamster beliau yang telah selamat di lahirkan...cuba teka siapa bidanya...(eheemmmm,ehemmmm).Maaf lah kiranya ada yang terasa dengan artikel kali ni, tetapi hamster-hamster ni kami dah anggap sebagai keluarga. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira "ownernya" mendengar perkhabaran ini, kerana untuk pengetahuan semua..di awal pembelian hamster, Ayie telah tersalah beli dengan membeli kedua-dua ekor jantan, agak lama sebenarnya lebih sebulan barulah ownernya menyedari apabila ternampak "Bocha" juga mempunyai "telur" di bawah kemaluan.


     Setelah membeli sekor lagi betina dan menuggu lagi tuk sebulan lebih....taaarraaaaaaaa, dapatlah anak yang kemerah-merahan sebanyak empat ekor.Harap-harap dapatlah kesemuanya hidup dengan baik..kerana ownernya dah berjanji nak berikan 2 ekor( tak gitu Ayie)..hhakkk.

Sebelum mengakhiri kata...layan lah gambar yang Awan sempat ambil daripada FB beliau  & video (link fb ayie) http://www.facebook.com/photo.php?v=317148238314983&ref=notif&notif_t=video_comment_taggedkalau ada yang sudi nak menonton..sekian

Sunday 4 December 2011

Posted by Awan Hijau |



     Assalamualaikum semuanya..( mcam lah ramai sangat kan), hari ini seakan tergerak hati Awan nak menulis tentang sesuatu yang fakta dan mungkin serius. Kalau anda ada penyakit jantung atau lemah semangat Awan nasihatkan korang jangan lah baca erkkk...tetapi kalau rasa cam nak mencabar diri gak untuk membaca, silakanlah tetapi risiko tanggung sendiri.
   
    Apa lah artikel yang Awan maksudkan tuuu,,,,,jeng...jeng...jeng( di ikuti dengan paluan drum), Hari ni Awan nak ceritakan tentang FB jew atau Facebook dalam bahasa Jawa. Ok..sekarang ni fb dah menjadi ssuatu trend yang dasyat, tiap-tiap hari mesti ada pengguna baru yang mendaftar sebagai pengguna fb...dan pola ini rasanya akan terus meningkat untuk tahun-tahun yang mendatang. Sebut sahaja mengenai fb segenap lapisan umur mengetahuinya dan mengikut statistik, pengguna fb yang paling tua di catatkan oleh seorang perempuan yang berumur 103 tahun di Wales.

    seperti mana-mana gajet atau media sosial akan ada pro dan kontranya, bergitu jugalah dengan fb. Ada seorang kawan Awan menolak untuk ada akaun fb kerana merasakan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Mana tidaknya dengan ayat-ayat berunsur lucah(ada yang siap upload gambar), ada yang mencetuskan pergaduhan dan banyak juga yang menabur fitnah serta penipuan.Memang tidak di nafikan perkara bergini ada, namun di sini lah gunanya akal untuk menepis yang buruk untuk mencedok yang baik. Fb kalau di gunakan dengan bijak, banyak manfaatnya misalnya pengumuman mengenai kelas batal(hoooreyyyyy) atau tuk berdikusi dengan sahabat boleh di jalankan dengan efektif,

     Tambahan lagi, fb juga boleh di jadikan medium dakwah. Selain itu, fb dapat merapatkan semula ukhwah yang lama menyepi misalnya berjumpa semula kawan-kawan semasa sekolah rendah dan lain-lain lagi.Nasihat Awan pula, untuk menyekat atau sekurang-kurangnya menghidari diri daripada terjerebak dengan perkara negatif. Pengguna fb di nasihatkan jangan "approve " "user" yang tidak di kenali, jangan menyebarkan maklumat diri terlalu terperinci seperti no telefon,serta password tertentu dan jangan upload gambar yang terlalu peribadi....harus di ingat gambar-gambar anda dalam fb dengan mudah boleh di ambil oleh pihak ke tiga dan jika jatuh pada mereka yang tidak bertanggunjawab pelbagai perkara yang tidak elok boleh berlaku...Nauzubillah.

   Cukuplah sudah celoteh Awan pada hari ini, dan sebelum berpisah Awan sediakan pic mengenai fakta-fakta menarik tentang fb y anda tahu atau masih belum..sekian