Sunday 4 December 2011

Posted by Awan Hijau |



     Assalamualaikum semuanya..( mcam lah ramai sangat kan), hari ini seakan tergerak hati Awan nak menulis tentang sesuatu yang fakta dan mungkin serius. Kalau anda ada penyakit jantung atau lemah semangat Awan nasihatkan korang jangan lah baca erkkk...tetapi kalau rasa cam nak mencabar diri gak untuk membaca, silakanlah tetapi risiko tanggung sendiri.
   
    Apa lah artikel yang Awan maksudkan tuuu,,,,,jeng...jeng...jeng( di ikuti dengan paluan drum), Hari ni Awan nak ceritakan tentang FB jew atau Facebook dalam bahasa Jawa. Ok..sekarang ni fb dah menjadi ssuatu trend yang dasyat, tiap-tiap hari mesti ada pengguna baru yang mendaftar sebagai pengguna fb...dan pola ini rasanya akan terus meningkat untuk tahun-tahun yang mendatang. Sebut sahaja mengenai fb segenap lapisan umur mengetahuinya dan mengikut statistik, pengguna fb yang paling tua di catatkan oleh seorang perempuan yang berumur 103 tahun di Wales.

    seperti mana-mana gajet atau media sosial akan ada pro dan kontranya, bergitu jugalah dengan fb. Ada seorang kawan Awan menolak untuk ada akaun fb kerana merasakan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Mana tidaknya dengan ayat-ayat berunsur lucah(ada yang siap upload gambar), ada yang mencetuskan pergaduhan dan banyak juga yang menabur fitnah serta penipuan.Memang tidak di nafikan perkara bergini ada, namun di sini lah gunanya akal untuk menepis yang buruk untuk mencedok yang baik. Fb kalau di gunakan dengan bijak, banyak manfaatnya misalnya pengumuman mengenai kelas batal(hoooreyyyyy) atau tuk berdikusi dengan sahabat boleh di jalankan dengan efektif,

     Tambahan lagi, fb juga boleh di jadikan medium dakwah. Selain itu, fb dapat merapatkan semula ukhwah yang lama menyepi misalnya berjumpa semula kawan-kawan semasa sekolah rendah dan lain-lain lagi.Nasihat Awan pula, untuk menyekat atau sekurang-kurangnya menghidari diri daripada terjerebak dengan perkara negatif. Pengguna fb di nasihatkan jangan "approve " "user" yang tidak di kenali, jangan menyebarkan maklumat diri terlalu terperinci seperti no telefon,serta password tertentu dan jangan upload gambar yang terlalu peribadi....harus di ingat gambar-gambar anda dalam fb dengan mudah boleh di ambil oleh pihak ke tiga dan jika jatuh pada mereka yang tidak bertanggunjawab pelbagai perkara yang tidak elok boleh berlaku...Nauzubillah.

   Cukuplah sudah celoteh Awan pada hari ini, dan sebelum berpisah Awan sediakan pic mengenai fakta-fakta menarik tentang fb y anda tahu atau masih belum..sekian

0 comments:

Post a Comment