Saturday, 24 March 2012

Posted by Awan Hijau |
IIUM MOSQUE


Hari ni hari Jumaat (semalam) seperti hari Jumaat sebelumnya ,merupakan hari yang cukup indah untuk dihayati serta hari yang di berkati. Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah kaum muslimin terutamanya menunaikan solat Jumaat berjemaah (ye lah cheq mana boleh solat Jumaat sorang diri). Besar sungguh kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya dan kita bagaimana pula sejauh mana kasih sayang kita kepada Maha Pencipta???  Harapan kepada semua, agar kita menyalurkan perasaan cinta dan kasih sayang ke tempat yang betul yakni kepada Ilahi..bukan melebihkan cinta kepada sesama manusia.
Allah tidak melarang manusia untuk saling berkasih sayang namun biarlah ada batasnya, teringat Awan akan kata-kata seorang Ustazah juga Alumni UIAM, beliau mengatakan Allah itu romantik. Apa bukti yang mengatakan Allah itu romantik, antaranya ialah ayat-ayat Allah kepada Si Kekasih iaitu Nabi kita Muhammad melalui al-Quran.

Selain itu beliau(ustazah)  juga ada meninggalkan pesanan, kata beliau cintai lah yang Maha Esa, kerana harus diingat kita sebenarnya yang memerlukan Allah, kita yang memerlukan Islam . Jadi tunjukkan lah rasa cinta kita yang sebenarnya, jangan nanti apabila tiba saat Allah cemburukan kita dan meninggalkan kita...apabila tiba saat itu nanti, hanya neraka yang manti selagi tiada taubat diberi.
Awan sebenarnya agak tertarik dengan cara Pak Arab berkawan. Walaupun kalau dilihat pada wajah yang berjambang Nampak bengis, dengan tubuh yang  nampak kasar tetapi mereka apabila berjumpa satu sama lain(sesama jantina) mereka akan bersalaman, berpelukan dan bersentuhan antara pipi ke pipi. 


Bergitu menonjol, kemesraan antara mereka. Berbeza dengan masyarakat kita, bukan kata  nak bersalaman nk senyum pun susah. Kalau yang lelaki berjumpa dengan perempuan barulah boleh nampak senyuman dan kemesraan tuu. Bagi mereka di luar sana termasuk Awan sendiri, marilah kita sama-sama tanamkan azam baru, ikut seperti sunah Rasullah “memberi salam kepada semua insan y baginda jumpa”.
Rasanya cukuplah setakat ini dahulu celoteh di petang Jumaat ni, I/Allah ada masa sehingga berjumpa lagi dan sebelum berpisah Awan tinggalkan anda semua dengan sebuah kata-kata bermotivasi sehingga itu renung-renungkan dan selamat beramal.


“SIFAT CERMAT ITU DARIPADA ALLAH DAN SIFAT GOPOH ITU DARIPADA SYAITAN”
(RIWAYAT AL-TARMIZI)



Reactions:

0 comments:

Post a Comment