Tuesday 18 December 2012

Posted by Awan Hijau |
Assalamuailaikum wbt

Ok semua pada post untuk kali ni Awan nak berkongsi dengan anda semua perihal sebuah band boy dari Korea Selatan iaitu Big Bang. Secara zahirnya Awan ni tak adalah fanatik sangat dengan K-pop tau band-band mahupon group-group ni semua tapi sekadar layan suka-suka tu bolehlah. Tapi kenapa Big Bang kan, kenapa tidak Super Junior, 2PM atau 4AM. Sebenarnya kalau ikutkan Awan pon kurang suka dengan Big Bang ni pada awalnya sebab tengok kepada setiap anggota tak nampak maskulin macam 2PM tambahan lagi mereka tak bnyak mengetengahkan  teknik tarian yang hebat-hebat tetapi selepas mendegarkan lagu-lagu mereka...perghhh layan habisss, terutama sekali T.O.P (yang paling kanan, rambut hijau dalam gambar tuuh) vokal dia memang jantan habis lahh..hhakk. Lagu pertama yang Awan dengar dari group ni adalah "Bad Boy" perhhh layann...lepas tuu dengar lak "Monster", "Blue" & "Fantastic Baby" boleh dikatakan lagu diorang ni semua mantopppp!!! 

Ni sedikit biodata tentang ahli-ahli anggota group ni,  :

G-dragon
(no 1 dari kiri)Nama Asli: Kwon Ji-yong
Tarikh Lahir: 18th August 1988
Pendidikan: Seoul Korean Traditional Arts Middle & High School
Posisi: Leader/ Rapper/Composer
Debut: DaeHanMinGook Hip Hop Flex (2001)
Trivia: Dia punya tatu di tangan bagian dalam. Nama G-dragon diambil dari nama aslinya Ji yang berbunyi seperti huruf G dalam bahasa English dan Dragon diambil dari namanya “Yong” yang berarti naga.

Taeyang
(no 3 dari kiri)Nama Asli: Dong Young Bae
Tarikh Lahir: 18th May 1988
Pendidikan: Daejin University in Theater & Film (starting in 2008)
Posisi: Vocalist
Debut: YG Family 2nd Album (2002)
Trivia: Dia mendapatkan ciuman pertamanya di video klip My Girl !

T.O.P/TEMPO
(paling kanan)Nama Asli: Choi Seung Hyun
Tarikh Lahir: 4 November 1987
Pendidikan: Seoul Art College (Majoring in Musical) Dangook University in Theater & Film (2008)
Posisi: Rapper/Beat boxer
Debut: In Big Bang
Trivia: Nama T.O.P diberikan oleh SE7EN yang merupakan seniornya di YG entertainment, dia juga seorang MC di acara Music Core dan seorang aktor yang berperan dalam  film drama I Am Sam.

Daesung
(no4 dari kiri)Nama Asli: Kang Dae Sung
Tarikh lahir: 26th April 1989
Pendidikan: Kyeong In High School
Posisi: Vocalist
Debut: di Big Bang
Trivia: Dia terobsesi pada karakter kartun Doraemon.

Seung-ri/Victory/Vi
(no 2 dari kiri)
Nama Asli: Lee Seung Hyun
Tarikh lahir: 12th December 1990
Pendidikan: Dia berhenti sekolah untuk mengejar karirnya dalam Big Bang
Posisi: Vocalist
Debut: di Big Bang
Trivia: Dia dikatakan pernah ingin menyertai satu group lain tetapi ditolak kerana vokal yang kurang mantap namun telah di terima masuk oleh YG entertainment dan diserap masuk sebagai anggota Big Bang kerana kelincahan beliau menari.


Dan dibawah ni Awan telah sediakan beberapa karya Big Bang yang meletopp (ada banyak lagi tapi malas nak upload bnyak-banyak) apa-apa pon layannnn... ^_^



1. Title :Fantastic Baby

2. Title : Bad Boy



3. Title : Blue


4. Title : Monster

<do rate and comments...wink3x  ^_^>

Monday 17 December 2012

Posted by Awan Hijau |

Dah lama rasanya tak masuk dan bersihkan "Rumah Usang" ni, penuh dengan sawang labah-labah....
In Shaa Allah kalau tidak ada aral melintang akan Awan mengupdate kembali cerita-cerita hangat sensasi yang berlaku dalam luar Malaysia, dalam Malaysia dan juga yang berlaku sendiri pada diri Awan seharian.

<macam biasa Awan punya trademark : blog sendiri-sendiri jew, ada pelawat, tak ada pelawat tak ada hal..janji boleh lepaskan gian menulis, tak nak sekadar reput dalam kotak idea">

okay meet you soonnnnnn!!!!! 

Sunday 6 May 2012

Posted by Awan Hijau |
         Bertarikh 21 April 2012 yang lalu,  bertempat di Sungai Kersang, Muar, Johor. Awan dengan beberapa penghuni Mahallah Salahuddin telah berjaya melaksanakan “Program Bakti Siswa” . Program yang mengambil masa 1 hari 2 malam itu telah di isi dengan pelbagai aktiviti, baik aktiviti kemasyarakatan juga aktiviti sosial bagi merapatkan hubungan yang jauh serta mengeratkan hubungan antara dua hala. Walaupun agak kepenatan dek perjalanan yang jauh, yang memakan masa kira-kira 8 jam dan sampai di sana lebih kurang 2 3 pagi tetapi itu tidak melunturkan semangat kami untuk menabur bakti kepada warga Kersang khusunya. Setibanya kami di sana, kami telah di sambut mesra dengan senyuman manis dan gelak mesra penduduk di sana. Seterusnya, sesi taklimat daripada Projek Program serta sesi penyerahan kami kepada keluarga angkat masing-masing.

     “Pelanduk Dua Serupa” itu yang terlintas di fikiran Awan apabila terpandang akan seorang pemuda kerana wajahnya yang seiras wajah abg Awan. Tetiba lintasan itu makin terpadam apabila, melihatkan wajahnya yang agak garang. Pada tika itu, bermonoloq seketika “harap-harap Awan bukan dalam keluarga angkat ini”, tetapi kuasa ilahi melebihi segalanya, nama Awan serta tiga yang lain terpilih untuk berada dalam keluarga ini.
Selepas sesi penyerahan kepada keluarga angkat, majlis bersurai dan “sleep timeeee”. Kumpulan lelaki tidur sekitar pejabat dan bagi kumpulan perempuan, merekan akan tidur di rumah keluarga angkat... Untungggg lerrrr!!!!! Pada keesokan paginya, kami solat berjemaah dengan penduduk Kersang di masjid berdekatan dan sesudah itu, sesi tazkirah subuh oleh Brother Aiman. Namun, sesi tazkirah subuh tidak berakhir di situ kerana penduduk kampung meminta seorang brother dari Gaza (salah seorang peserta dari UIA) untuk bercerita tentang peristiwa yang berlaku di sana ,bagi memudahkan penduduk memahami apa yang dikatakan, seorang penterjemah dari kalangan kami di tugaskan untuk mnterjemahkan butir kata beliau.

        Seterusnya, kami dihidangkan sarapan pagi yang agak berbeza pernah kami makan sebelum ni dan rasanya ni adalah kali pertama Awan menikmatinya iaitu “ubi kayu rebus di cicah dengan sambal”. Ini suatu yang baru buat Awan kerana, Awan tidak pernah makan ubi kayu masa pagi dan kalau ada makan masa tengahari atau malam, Awan akan makan ubi kayu dengan kelapa parut ( kebiasaan bagi masyarakat Kelantan).  Selesai menikamati sarapan yang lazat itu, kami ke agenda penting iaitu khidmat masyarakat. Kami sebelum itu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, juga bagi kawasan dan tugasan yang berbeza misalnya kumpulan Awan   ditugaskan untuk membersihkan jeti, dan yang lain ada yang membersihkan serta mengindahkan taman permainan, ada yang membersihkan kubur .

       Ternyata penat lelah kami bergontong-royong membersihkan kawasan telah terubat apabila kami telah dipelawa bersiar-siar di sepanjang Selat Melaka manaiki bot penduduk di situ. Perghhhh... memang indah ciptaan Ilahi, pemandangan memang cantik dengan laut membiru dan ada kala terusik dengan telatah nelayan di situ yang menegur kami dan ada yang memberikan Tapak Sulaiman untuk dipegang. Rasanya, ada dua jam juga kami di bawa berlayar, setelah itu kami telah di bawa oleh keluarga angkat masing-masing ke rumah mereka untuk mandi dan solat zohor.

        Setibanya kami berempat di rumah keluarga angkat kami, kami sekali lagi disambut dengan senyuman manis oleh ahli keluarga, dan saat yang tidak boleh di lupakan ialah saat perkenalan dengan Atuk dan Nenek yang merupakan ayah dan bonda  abg Wan (ayah angkat Awan), mereka memang teramatlah ramah dan banyak ilmu yang dikongsikan, oleh kerana terlalu asyik berbual sampaikan kami telah terlewat untuk acara seterusnya...hhuukk.. . Disana juga, Awan telah di ajar bahawa “Don’t Judge a Book by It’s Cover” kerana Abg Wan yang nampak garang adalah seorang yang baik. Selain itu kami juga telah berkenalan dengan anggota keluarga yang lain, misalnya Abg Ijan dan isteri, isteri Abg Wan adik Huda (anak abg Ijan) dan yang lain-lain.

     Acara seterusnya ialah aktiviti sukaneka dengan penduduk kampung Kersang. Pelbagai aktiviti telah tersedia, antaranya Boling Kelapa, Makan Tembikai, Permainan Si Buta, Baling Belon yang mengandungi air. Ada antara permainan yang  Awan sertai dengan keluarga angkat, dan ada yang menang, ada yang kalah. Namun, kalah tidak member erti apa-apa kerana ikatan silaturahim yang semakin erat yang menjadi misi bagi program ini.

      Petangnya pula, persiapan bagi majlis penutup, semuanya sibuk dengan tugasan masin-masing. Ada yang menyiapkan makanan ada yang mempersiapkan tempat. Setelah itu, berakhirlah program ini... kami seterusnya bersiap-siap mengemas barang-barang. Kemudian, kelihatan semua anak angkat bersalam dan berpelukkan dengan keuarga angkat masing-masing termasuk lah Awan. Tapi part yang paling menyetuh perasaan apabila, saat bersalaman dengan atuk dan nenek, dan nenek mencium pipi Awan. Memang satu perasaan yang sukar nak di gambarkan, kerana Awan tidak pernah merasai kasih sayang nenek dan atuk, kerana atuk dan nenek kedua-dua belah ibu abah telah pergi ke rahmatullah saat Awan masih kecil.
Rasanya cukuplah dahulu  untuk kali ini, akhir kalam I/Allah kalau ada lagi program seperti ini... Awan teramatlah berminat untuk mengikutinya lagi.... (>0)


Wednesday 2 May 2012

Posted by Awan Hijau |



Pagi ni walaupun cuaca teramatlah cantik dengan hawa sejuk yang menyelubungi diri ditambah pula dengan kicauan burung namun semua ni tak mampu memberikan keceriaan pada ku. Alangkah beruntungnya kalau aku ada kuasa untuk mengembalikan semula masa yang telah lepas, tapi itu hanya angan-angan dan tidak akan mungkin akan menjadi kenyataan.

Sesungguhnya aku amat menyesali akan keputusan yang telah aku putuskan dulu, tidak ku duga walaupon telah lama memikirkan akan keputusan yang bakal di lakukan ditambah pula rujukan dengan pakar-pakar. Namun, jelas sekali bukan ni keputusan yang hati aku mahukan.

Jelas sekali aku telah melukakan hatinya, jelas sekali aku telah menghancurkan mahligai impian yang diangankan. Semuanya telah terlambat bagi ku, pernah terdetik pada benak mindaku, haruskah aku mendekatinya kembali tetapi adakah dia akan menerima ku setelah apa yang aku lakukan dahulu padanya.

Sekali lagi aku buntu, kenapa cinta bergitu menyakitkan....!!!! Ternyata kekusutan ini bukan mudah untuk dileraikan, jika aku memilih untuk berada pada satu pihak, aku akan melukakan pihak yang lain. Apa yang harus aku lakukan sekarang, tiap kali aku memaksa mindaku untuk melupakannya, semakin dalam banyangan dirinya menerjah ke dalam hati ku.

Satu saja pintaku, agar aku boleh meneruskan hidup seperti biasa dan aku mengharapkan dia juga bergitu... Aminn!!!

(Aku tidak akan melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta selama perkenalan kita).

Wednesday 4 April 2012

Posted by Awan Hijau |


(tersalah edit, bukan 21..tp 22,,heeeyy cepat betol masa berlalu)

Tanggal 21 Januari 2012, detik manis dalam hidup ku. Ternyata detik ini akan terpahat segar dalam ingatan ku. Cewahhh... ayat, cam nk tulis esei jew kan. Sebenarnya bergini ceritanya....jeng..jengg..jeng!!! Pada 21 Januri yang lepas, kebetulan gak tarikh tersebut merupakan tarikh kitorang (geng SUKSIS) mengikuti Khusus Etika & Jati Diri di PULAPOL Air Hitam atau dahulunya dikenali dengan nama PULAPAH.
Pada malam tarikh tersebut, En. Lokman( Jurulatih Skuad kami) mengadakan satu perjumpaan. Pada malam tersebut bukan main teruk beliau mengamuk, tetapi kami redha jew lahh...sebab memang kami yang buat salah ponn, jadi memang patutlah kena marah kan.
Baik beliau tengah marah, keadaan lagi panas masa tuu..ada beberapa nama yang beliau panggil malam tuu kerana atas kesalahan tertentu dan tak tahu apa plakkk salah Awan kan, nama Awan sendiri pon turut tercalon dalam mereka yang bersalah. Memang teruk kena tengking malam tuu...kekadang goyang gak kna marah camtu tapi apa-apa hal kenalah berlagak kool... awekkss kan ramai masa tuuhhh.
Lepas tuuhh, beliau suruh yang bersalah pusing belakang... masa tuuu jantung berdegupp kencangg lah gak kan, kot-kot ada hukuman dari belakang kea pa kan. Tiba- tiba.. lampu terpadam dan nyayian lagu “B,day” berkumandang. Tiba-tiba... (lagi sekali) , air mata berderai-derai membasahi pipi, “touchinggg” sioottt. Ramai yang cakap..ko tak jantan lah menangis, tapi mereka tak tahu yang Awan berlakon jew menagis tuuhh...takkan lah muka jantan camni boleh menangis kott..(ehemmm3x).

(Mereka yang di rai)


(ni lah dia tok dalang & juga merangkap jurulatih Awan, tengok sajalah dia punya misai..mau owang x takut)

Berakhir lah babak pertama.... kesesokannya, pada malam tersebut. Sekali lagi nama Awan di panggil tapi oleh pihak yang lain iaitu dari pihak PULAPAH. Bukan main syok mereka hentammm...mereka dah senaraikan pelbagai salah laku Awan kat sana, yang paling teruk siap nak suruh Awan keluar dari SUKSIS lagi. Tetapi entah kenapa lakonan mereka tak menepati piawaian suspen... sebab adegan mereka tuu cam dah boleh agak dia punya endingggg. Ternyata tekaan Awan tepat, sekali lagi B,day Awan diraikkan...kahkahkah. Ni part yang paling syok..sebelum ni tak pernah pon nak sambut b,day2 ni...tapi bila dah sambut dua kali terus.

(Mereka ni kawan sebilik, y dah macam adik beradik pon ada...kalau kitaorang ni adik b,adik, mestilah Awan y sulung kannn..hhakk)

Apa pon, ucapan berbanyak terima kasih Awan panjatkan kepada mereka yang terlibat bagi meraikkan b.day Awan...doa Awan, supaya anda semua, Suksesssss sokmoooo!!!! Amin!!!!

Saturday 24 March 2012

Posted by Awan Hijau |
IIUM MOSQUE


Hari ni hari Jumaat (semalam) seperti hari Jumaat sebelumnya ,merupakan hari yang cukup indah untuk dihayati serta hari yang di berkati. Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah kaum muslimin terutamanya menunaikan solat Jumaat berjemaah (ye lah cheq mana boleh solat Jumaat sorang diri). Besar sungguh kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya dan kita bagaimana pula sejauh mana kasih sayang kita kepada Maha Pencipta???  Harapan kepada semua, agar kita menyalurkan perasaan cinta dan kasih sayang ke tempat yang betul yakni kepada Ilahi..bukan melebihkan cinta kepada sesama manusia.
Allah tidak melarang manusia untuk saling berkasih sayang namun biarlah ada batasnya, teringat Awan akan kata-kata seorang Ustazah juga Alumni UIAM, beliau mengatakan Allah itu romantik. Apa bukti yang mengatakan Allah itu romantik, antaranya ialah ayat-ayat Allah kepada Si Kekasih iaitu Nabi kita Muhammad melalui al-Quran.

Selain itu beliau(ustazah)  juga ada meninggalkan pesanan, kata beliau cintai lah yang Maha Esa, kerana harus diingat kita sebenarnya yang memerlukan Allah, kita yang memerlukan Islam . Jadi tunjukkan lah rasa cinta kita yang sebenarnya, jangan nanti apabila tiba saat Allah cemburukan kita dan meninggalkan kita...apabila tiba saat itu nanti, hanya neraka yang manti selagi tiada taubat diberi.
Awan sebenarnya agak tertarik dengan cara Pak Arab berkawan. Walaupun kalau dilihat pada wajah yang berjambang Nampak bengis, dengan tubuh yang  nampak kasar tetapi mereka apabila berjumpa satu sama lain(sesama jantina) mereka akan bersalaman, berpelukan dan bersentuhan antara pipi ke pipi. 


Bergitu menonjol, kemesraan antara mereka. Berbeza dengan masyarakat kita, bukan kata  nak bersalaman nk senyum pun susah. Kalau yang lelaki berjumpa dengan perempuan barulah boleh nampak senyuman dan kemesraan tuu. Bagi mereka di luar sana termasuk Awan sendiri, marilah kita sama-sama tanamkan azam baru, ikut seperti sunah Rasullah “memberi salam kepada semua insan y baginda jumpa”.
Rasanya cukuplah setakat ini dahulu celoteh di petang Jumaat ni, I/Allah ada masa sehingga berjumpa lagi dan sebelum berpisah Awan tinggalkan anda semua dengan sebuah kata-kata bermotivasi sehingga itu renung-renungkan dan selamat beramal.


“SIFAT CERMAT ITU DARIPADA ALLAH DAN SIFAT GOPOH ITU DARIPADA SYAITAN”
(RIWAYAT AL-TARMIZI)



Wednesday 14 March 2012

Posted by Awan Hijau |


    Assalamualaikum smuanya...po kobar??? (sebelum tuu den nk kobar, post ni xda kaitan dgn gambar di atas, tuu ilustrasi jew) Dah lama sangat rasanya tidak memberikan perhatian dan kasih sayang kat blog ni. Nak dikatakan busy rasanya tak adalah sangat kan kalau nak di bandingkan para menteri tuuhh...(tangan di dada, mata ke atas). Tetapi apa-apa pon bak kata para cerdik pandai “lembu di ikat dengan tali, manusia di ikat dengan janji”. Masih terngiang-ngiang janji-janji Awan dahulu pada suapan karya blog yang pertama “walau apa-apa pon yang terjadi Awan akan tetap menulis dalam blog ini walapun pada zahirnya tiada yang sudi membacanya...hhuukk( y ni lawak).
    Sebenarya Awan ada banyak cerita yang nak di kongsikan, tetapi pada hemat Awan tuk kali ni oleh kerana sudah lama Awan tak memanjakan “SEPUTIH WARNA AWAN” ni ada baiknya jika Awan bermula balik dengan sesi warm up jari dan akal sambil-sambil tuu boleh lah Awan memujuk Awek Awan ni tuk mesra kembali dengan Awan.
    Akhir kata daripada Awan, stay tuned dan rajin-rajin kan lah diri tuk melawat blog ini dan membaca cerita-cerita baru daripada Awan. SALAM