Pagi ni walaupun cuaca teramatlah cantik dengan hawa sejuk yang menyelubungi diri ditambah pula dengan kicauan burung namun semua ni tak mampu memberikan keceriaan pada ku. Alangkah beruntungnya kalau aku ada kuasa untuk mengembalikan semula masa yang telah lepas, tapi itu hanya angan-angan dan tidak akan mungkin akan menjadi kenyataan.
Sesungguhnya aku amat menyesali akan keputusan yang telah aku putuskan dulu, tidak ku duga walaupon telah lama memikirkan akan keputusan yang bakal di lakukan ditambah pula rujukan dengan pakar-pakar. Namun, jelas sekali bukan ni keputusan yang hati aku mahukan.
Jelas sekali aku telah melukakan hatinya, jelas sekali aku telah menghancurkan mahligai impian yang diangankan. Semuanya telah terlambat bagi ku, pernah terdetik pada benak mindaku, haruskah aku mendekatinya kembali tetapi adakah dia akan menerima ku setelah apa yang aku lakukan dahulu padanya.
Sekali lagi aku buntu, kenapa cinta bergitu menyakitkan....!!!! Ternyata kekusutan ini bukan mudah untuk dileraikan, jika aku memilih untuk berada pada satu pihak, aku akan melukakan pihak yang lain. Apa yang harus aku lakukan sekarang, tiap kali aku memaksa mindaku untuk melupakannya, semakin dalam banyangan dirinya menerjah ke dalam hati ku.
Satu saja pintaku, agar aku boleh meneruskan hidup seperti biasa dan aku mengharapkan dia juga bergitu... Aminn!!!
(Aku tidak akan melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta selama perkenalan kita).
Ini adalah kunjungan pertama anda di blog SEPUTIH WARNA AWAN!
Anda pernah singgah di blog SEPUTIH WARNA AWAN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...
Blogger news
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada Wed, Apr 16, 2025 08:20:15 PM
Anda pernah singgah di blog SEPUTIH WARNA AWAN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...
Muhammad Khairul Mukmin B.Mohd Rozali
Menunutut di UIAM,Gombak dalam jurusan ICT.
Anak jati Kelate
Penyokong setia bola sepak Kelate,Malaysia, Arsenal & Banggol Jering FC
0 comments:
Post a Comment