Tuesday 6 December 2011

Posted by Awan Hijau |
           Perghhh betol ke entri Awan nii...atau Awan ni bertindak nak menjatuhkan Ayie???. Sudah semestinya benar tengok lah nama kan "Mukmin" maksudnya orang beriman(saja nak meyakinkan).
Tapi kalau betol siapa lah pula gerangan si pelengkap rusuk kiri si teruna ni kan. Kerana ramai yang tahu Ayie baru saja melancarkan roket  cinta pada si A***A tak sampai setahun jagung lagi. Seyakin Awan lagi, Ayie takkan buat perkara yang tak elok...tengok saja pada karakter beliau yang bersederhana, lemah lembut bicaranya, beriman mana mungkin beliau akan buat perkara yang di larang.

       Kalau dah benar bergitu, dari mana datangnya anak beliau....kerana agak mustahil untuk seorang lelaki melahirkan anak(tapi tak tahu lah kalau ayie spesis berbeza).




      Sebenrnya, untuk tidak memeningkan kepala pembaca( kalau ada) dan tak meletihkan tangan kerana banyak menaip, anak yang di maksudkan ialah anak hamster beliau yang telah selamat di lahirkan...cuba teka siapa bidanya...(eheemmmm,ehemmmm).Maaf lah kiranya ada yang terasa dengan artikel kali ni, tetapi hamster-hamster ni kami dah anggap sebagai keluarga. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira "ownernya" mendengar perkhabaran ini, kerana untuk pengetahuan semua..di awal pembelian hamster, Ayie telah tersalah beli dengan membeli kedua-dua ekor jantan, agak lama sebenarnya lebih sebulan barulah ownernya menyedari apabila ternampak "Bocha" juga mempunyai "telur" di bawah kemaluan.


     Setelah membeli sekor lagi betina dan menuggu lagi tuk sebulan lebih....taaarraaaaaaaa, dapatlah anak yang kemerah-merahan sebanyak empat ekor.Harap-harap dapatlah kesemuanya hidup dengan baik..kerana ownernya dah berjanji nak berikan 2 ekor( tak gitu Ayie)..hhakkk.

Sebelum mengakhiri kata...layan lah gambar yang Awan sempat ambil daripada FB beliau  & video (link fb ayie) http://www.facebook.com/photo.php?v=317148238314983&ref=notif&notif_t=video_comment_taggedkalau ada yang sudi nak menonton..sekian

0 comments:

Post a Comment