Asalamualaikum wbt, Alhamdulilah sekali lagi Awan berkesempatan untuk melawat blog sendiri dan mencoretkan sedikit luahan rasa (cam serius lak bunyinya). Sebenarnya untuk lawatan kali ni Awan nak ucapkan berbanyak kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya satu persoalan yang sudah lama terbuku akhirnya terjawab.Sebernya ada juga terlintas di benak fikiran untuk bertanyakan kepada mereka yang bijak pandai tapi tatkala ada peluang persoalan itu tidak terlintas di fikiran.
Persoalan yang Awan maksudkan ialah persoalan mengapa Bilal bin Rabah mengucapkan Ahad kepada Allah yang Maha Esa ketika di seksa oleh Umayyah bin Khalaf.Seksaan yang dikenakan amat lah berat, iaitu dijemur di tengah panas dan di letakkan batu besar yang berat di atas dada. Awan percaya hanya mereka yang betul-betul bertaqwa kepasda Allah dan mencintai ajaran Rasullah sahaja yang mampu mengharungi seksaan yang demikian.Namun persoalan yang timbul pada benak minda Awan ialah mengapa beliau menyebut "Ahad" dan bukannya Allah atau nama-nama suci Allah yang lain.
Untuk pengetahuan semua pembaca yang di redhai Allah, Ahad disini bukannya merujuk kepada hari Ahad seperti yang apa Awan faham semasa kecil kerana Ahad merujuk kepada Satu iaitu Allah yang Satu tiada lain selain-Nya.Walaupun agak lewat namun Awan bersyukur kerana diberi hidayat untuk memahaminya. Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas semasa menonton "Forum Perdana Ehwal Islam" seorang ustaz juga Timbalan Dekan Bahasa di UM kalau tidak silap, beliau memberitahu Bilal bin Rabah menyebut Ahad kerana itulah perkataan yang mampu di keluarkan daripada kotak suara tatkala batu berat di atas dada. Kerana jika kita amati dengan betul perkataan Ahad boleh di keluarkan dengan ton suara yang kecil dan sudah tentu perkataan Allah sukar di keluarkan kerana melibatkan pengeluaran suara yang besar atau melibatkan pembukaan rongga tekak yang lebih besar, keadaan ini akan mejadi sukar jika beban ada di atas dada kerana pembukaan kerangka dada tidak dapat belaku untuk pengeluaran udara yang lebih besar.
Alhamdullilah rasanya itu sahaja yang dapat Awan coretkan untuk kali ini semoga dengan izin Ilahi dapat lagi berjumpa kembali, dan semoga anda semua dapat input yang berguna, mintak maaf juga sekiranya ada banyak kekurangan...I/Allah akan Awan perbaiki dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment