Monday, 24 October 2011

Posted by Awan Hijau |


     Assalamualaikum...apa khabar semua iii( style Acai/Johan raja lawak). Hari ini "Awan " bukan nak cerita pasal Johan Raja Lawak atau pasal dunia hiburan yang entah apa2 tuu kan..(mungkin lain kali da gak kot), hari ni Awan lebih kepada nak menjawab persoalan yang bertubi-tubi timbul dalam benak kepala korang( Tuu pon kalau ada). Persoalan yang di maksudkan ialah kenapa "Awan"...maksudnya kenapa letak nama pena "Awan" dan kenapa letak nama blog "Seputih Warna Awan", apa yang best sangat tentang awan ni kenapa tidak sungai atau pokok kann???
      
      Ok...sebelum "Awan "memberikan penjelasan panjang lebar atau panjang tapi tak lebar atau tak panjang tapi lebar atau tak panjang dan tak lebar...hhakk(sori2 saja nak kasi pening sikit), ada bagusnya kalau kita memberikan dahulu apakah definisi awan, kerana kata orang tak kenal maka tak cinta kan...tapi kalu cinta biarlah pada yang satu( mendalam maksudnya tuhh). Kalau mengikut kata Cikgu Ziliana merupakan cikgu geografi kelas Awan dulu...beliau menjelaskan beberapa kali ( kerana bagitahu sekali confirm x ingat) awan merupakan titik-titik air yang berkumpul di ruang udara, hasil daripada proses penyejatan dari badan-badan air yang naik ke udara( kalau salah maaf cikgu, dah tak berapa ingat ayat cikgu).
      
      Selesai dengan definisi...sekarang kita pergi kepada isi utama seterusnya menjawab persoalan ini dengan sebuah cerita peribadi...jap nak tarik nafas luhh,ok ceritanya camni, kalau di ikutkan kata bonda  dan juga Awan sendiri akui yang Awan ni banyak berahsia...kalau sesuatu benda yang tak berapa elok terjadi, Awan lebih suka tuk tidak memberitahu sesiapa sebabnya tak nak orang terdekat manjadi susah hati...namun bergitu ada kalanya Awan da gak menceritakan bergatung atas situasi, kalau situasi tuu memerlukan pihak kedua tuk menolong barulah Awan menceritakan ada gak orang mengelarkan penyakit ni sebenarnya ego, teteapi terpulanglah.
     
     Di sebabkan masalah yang kadang-kadang amat membebankan tadi, memaksa Awan cari jalan tuk membebaskan tekanan ni, cara yang terbaik yang Awan temui ialah Awan suka pergi kat suatu tempat ni kat kaw kampung ( x boleh bagitahu kat mana)kemudian baring atas rumput dan pandang ke langit. Apa yang Awan nampak ialah langit yang membiru dan awan yang keputihan. Dan part yang paling seronok ialah apabila melihat awan dalam pelbagai bentuk...kadang2 nampak bentuk haiwan, pokok dan macam-macam lagi (bergantung kepada imaginasi sendiri). Apabila minda dah terarah awan tadi hati dan minda rasa tenang kembali.
     
     Bergitulah selalunya y Awan lakukan, da suatu ketika boleh dikatakan hari-hari Awan ke sana..bukan disebabkan da banyak maslah tetapi suka melihat keindahan ciptaan Allah pencipta sekalian alam.dan disini Awan sediakan beberapa gambar awan yang mempunyai bentuk yang unik jika pandai mengamati. sekian....



Reactions:

0 comments:

Post a Comment